Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mempelawa staf akademik UTM yang berkelayakan khususnya berumur kurang dari 40 tahun untuk mengikuti program Post Doctoral 2012 di universiti-universiti ternama dunia seperti University of Cambridge, Harvard University, Massachussetts Institute of Technology, University of Oxford, dan Imperial College London.
Sehubungan dengan itu, sila kemukakan pencalonan nama dengan kadar segera kepada pihak fakulti untuk diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar sebelum dikemukakan kepada pihak pengurusan atasan Universiti. Sila hantar borang permohonan rasmi dengan mengisi borang permohonan Post Doctoral yang boleh dicapai di laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di http://www.mohe.gov.my/portal/penajaan/penajaan-kpt/242.html dan menghantarnya melalui fakulti sebelum diserahkan kepada pihak HCD.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak HCD di talian berikut :
07-5530358/0429/7948/7952 atau di e mel kepada cutibelajar@utm.my.
Disediakan oleh: Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar
Penolong Pendaftar
Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD)










